"Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."-Al-Quran;Surah Al-'Asr; 1-3.

Sembang Bersembang

Lebih Interaktif ^O^Ukhuwwah . Sila Klik Untuk Ke Laman Ini , Terima Kasih.
[ Copy this | Start New | Full Size ]

Kesan Abadi ~ Terima Kasih Daun Keladi

Oleh isma daud

31 OKTOBER 2012

Hampir terlupa. Diam tak diam sudah melewati 5 tahun saya bersama dengan blog Ustaz Rosli Dhoby ini. Walaupun akhir-akahir ini saya sendiri kurang menulis di laman blog ini, tapi ia masih releven kepada pengunjungnya. Masih ada mereka yang respon kepada apa yang sudah tertinta di sini. Banyak pahit manis berada di laman Ustaz Rosli Dhoby ini. Saya diberi peluang berinteraksi dengan khalayak ramai di luar sana. Saya telah menerima segala kesan positif dan negatif kerana interaksi dua hala di blog ini. Ala kulli halnya, semuanya meninggalkan kesan abadi yang indah dan manis belaka. Kepada insan yang sudi singgah di sini, TERIMA KASIH. Jika ingin terus mentelaah buah fikiran saya silalah ke BICARA ISA DAUD. Semoga bermanfaat dan satu perkongsian yang mendatangkan faedah, insya Allah!!! Jika ada salah dan silap, saya memohon ampun dan maaf atas segala-galanya. Mohon Undur Diri dari Laman Ustaz Rosli Dhoby.

Friday, October 26, 2012

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?

No comments:
Oleh isma daud

Malam ini malam Raya Adha atau Raya Korban. Maka timbullah persoalan bila mahu mulakan takbir raya? Bila ditanya, ada yang mengatakan mulanya selepas jatuh matahari atau malam raya. Kebanyakannya jawab begitulah.  

SEKADAR PENCERAHAN;


Bagi Raya Adha kaum muslimin dan muslimat disunatkan bertakbir. Kaum muslimin bolehlah meninggikan suara bagi menghidupkan syiar agama sementara muslimat pula cukuplah dengan suara yang perlahan.

Bermulanya takbit Raya Adha ini dari pagi hari Arafah atau 9 Zulhijah dan berterusan pada hari-hari Tasyriq, iaitu hari 10, 11, 12 dan 13 Zulhijah. Ianya berakhir selepas Asar hari ke 13 Zulhijjah.

Ini bersesuaian dengan satu hadis yang diriwayatkan dari ‘Ali dan ‘Ammar r.a. yang menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. bertakbir bermula dari hari ‘Arafah (selepas) solat subuh dan memutuskannya (yakni berhenti bertakbir) selepas solat asar hari terakhir Tasyriq”. (Riwayat Imam al-Hakim. Menurut Imam al-Hakim; hadis ini sanadnya soheh)

Salah Kefahaman

Berdasarkan hadis ini ada sedikit pertentangan dengan amalan di Malaysia ini yang mula bertakbir pada malam raya iaitu selepas masuknya waktu maghrib khususnya dilakukan selepas solat Fardhu Maghrib.

Ramai dikalangan kita selalu mengaitkan takbir dengan raya sebagaimana azan dengan masuknya waktu solat fardhu.

Kalau ada sesiapa yang bertakbir pada 9 Zulhijjah, pasti ada yang bising.

Saya teringat ketika saya berada di kampung pada tahun 1993 dahulu. Masa itu saya baru pulang bercuti daripada pengajian di Jordan kebetulannya saya sampai pada 8 Zulhijjah (asalnya saya mahu buat haji tetapi saya terpaksa balik kerana sakit dan saya berubat secara kampung selama tiga bulan sebelum menyambung semula pengajian). Berbalik kepada peristiwa tadi,sahabat saya yang pernah belajar di KUSZA telah bertakbir raya selepas solat asar, tetiba datang seorang lelaki memarahinya. Lalu terpaksalah saya dan kawan saya menerangkan persoalan ini, barulah dia faham.

Jenis Takbir Raya


Seharusnya kita faham bahawa takbir raya itu dua jenis iaitu Takbir Muqayyad (tertakluk dengan solat fardhu) dan Takbir Mutlaq atau Mursal( boleh dilakukan bila-bila masa dalam tempohnya).

Takbir yang dinyatakan dalam hadis di atas adalah takbir muqayyad iaitu takbir selepas solat fardhu.

Adapun takbir mursal bermula sebaik sahaja terbenam matahari pada malam hari raya (sama ada hari raya fitrah atau hari raya korban), dan ia berterusan hinggalah apabila imam mula mengangkat takbir bagi menunaikan solat hari raya.

Firman Allah; وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

maksudnya; “…dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu bertakbir membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”. (al-Baqarah: 185).

Jumhur ulama sepakat menyatakan ayat di atas menjadi dalil sunat melaungkan takbir pada hari raya fitrah dan dikiaskan kepadanya hari raya korban. Wallahu A'lam!!!.

Wednesday, October 10, 2012

Perincian Persekolahan Dan Cuti Penggal 2013

No comments:
Oleh isma daud

Sepanjang Jalan Di Sibu

Related Posts with Thumbnails

@Facebook ~ "Ustaz Rosli Dhoby"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Info Ustaz Rosli Dhoby's FB Wall