"Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."-Al-Quran;Surah Al-'Asr; 1-3.

Sembang Bersembang

Lebih Interaktif ^O^Ukhuwwah . Sila Klik Untuk Ke Laman Ini , Terima Kasih.
[ Copy this | Start New | Full Size ]

Kesan Abadi ~ Terima Kasih Daun Keladi

Oleh isma daud

31 OKTOBER 2013

Hampir terlupa. Diam tak diam sudah melewati 6 tahun saya bersama dengan blog Ustaz Rosli Dhoby ini. Walaupun akhir-akahir ini saya sendiri kurang menulis di laman blog ini, tapi ia masih releven kepada pengunjungnya. Masih ada mereka yang respon kepada apa yang sudah tertinta di sini. Banyak pahit manis berada di laman Ustaz Rosli Dhoby ini. Saya diberi peluang berinteraksi dengan khalayak ramai di luar sana. Saya telah menerima segala kesan positif dan negatif kerana interaksi dua hala di blog ini. Ala kulli halnya, semuanya meninggalkan kesan abadi yang indah dan manis belaka. Jika ingin terus mentelaah buah fikiran saya silalah ke BICARA ISA DAUD. Semoga bermanfaat dan satu perkongsian yang mendatangkan faedah, insya Allah!!! Jika ada salah dan silap, saya memohon ampun dan maaf atas segala-galanya. Selamat Bertandang Ke Laman Ustaz Rosli Dhoby. Saya mengalu-alukan hubungan dua hala di Blog ini dengan meninggalkan pesanan, persoalan dan salam perkenalan melalui kotak pesanan dan FB Ustaz Rosli Dhoby.
Kepada insan yang sudi singgah di sini, TERIMA KASIH.

Saturday, March 07, 2009

Perceraian Di Luar Negara ; Ragu Jumlah Talak!!!

Wa'alaikumus Salam Saudaraku.

Sebenarnya saya bukanlah orang yang boleh memutuskan hukum berkaitan perkahwinan saudara. Sepatutnya pihak berwajib yang ada autoriti menjawab persoalan suadara ini. Jawapan saya ini anggaplah pandangan awal sebelum ada apa-apa jawapan yang lain. Berdasarkan ilmu yang ada kepada saya; dengan maklumat yang telah saudara kemukakan kepada saya, inilah apa yang dapat saya bantu saudara buat masa ini. Harap saudara maklum balas jika ada persoalan lain dalam jawapan saya jika ada timbul persoalan lain nanti;

1. Isteri saya telah banyak kali meminta cerai dari saya dan pernah dia mengugut saya kalau saya tak ceraikan dia, dia akan buat dosa dengan tidur dengan orang yang dia suka. Perkataan cerai telah terkeluar dari mulut saya beberapa kali didalam masa 3 bulan yang lepas akibat tekanan yang amat kuat yang saya alami.


Huraian;

Perceraian bukanlah sesuatu yang boleh dimain-mainkan. Jika berguraupun jadi, bersungguh-sungguh pun jadi. Berikut ada beberapa keadaan yang boleh disabitkan jatuhnya talak itu;
a. Dijatuhkan oleh suami kepada isterinya yang sah
b. Talak yang dijatuhkan dalam keadaan suami itu waras serta sempurna akal. Makna dia tahu dan mampu membuat pertimbangan akan apa yang diucapkannya.
c. Mempunyai kuasa memilih yang sempurna dan mencukupi; iaitu tiada paksaan kepada suami untuk bercerai. Talak paksaan hendaklah mengambil kira persoalan berikut; perceraian yang berlaku tidak syar'ie. jika diputuskan oleh mahkamah dikira jatuh talak tersebut. atau ada ugutan dan suami tidak melewati ugutan tersebut.

Dalam masalah saudara; saya kira lafaz talak dan cerai saudara berada dalam kesedaran saudara. Tekanan yang ada tidak boleh dianggap cerai tidak berlaku samada ia diucap secara soreh (terang) atau kinayah(sindiran). Cuma dalam talak saudara itu ada taklik yang memerlukan taklik itu berlaku baru jatuh talak. Saya pergi ke setiap kes yang saudara lakukan.

2. Suatu malam (lebih kurang 1 January), kami bergaduh dan isteri hendak keluar rumah (apartment). Saya telah memberi tahu dia bahawa "jika awak keluar dari pintu tu kita bercerai". Niat saya hanyalah untuk menghalangnya keluar dan jika dia keluar juga pada malam itu kami akan bercerai. Buat pengetahuan Ustaz, apartment kami hanya ada satu pintu keluar maka dia keluar melalui pintu itu keesokkan harinya untuk pergi kerja. Adakah jatuh talak satu? Saya juga tak pernah berkata untuk rujuk..sebab pada pendapat saya pada masa itu kami tidak bercerai.

Huraian;

Jelas sekali terdapat taklik dalam lafaz saudara. Maka saya berpendapat talak tidak jatuh dalam hal ini kerana isteri tidak keluar pada malam itu. Keluar pada hari esoknya sudaah melewati waktu malam itu.

Perlu diingat bahawa cerai taklik mesti berlaku semua syarat taklik yang disebut dalam lafaz suami itu. Talak akan jatuh sebaik saja syarat yang disebutkan dalam talak taklik berlaku. Suami tidak perlu melafazkan talak yang baru.



3. Suatu malam berikutnya (lebih kurang 8 January), kami bergaduh lagi sama seperti diatas. Bezanya, saya berkata "Kalau awak keluar dari pintu tu sebab kita bergaduh ini pada malam ini....kita bercerai". Dia tak jadi keluar malam itu dan kami hanya keluar rumah melalui pintu itu keesokkan paginya. Adakah jatuh talak? Jika benar..talak ke berapa? Juga selepas ini saya tak pernah berkata untuk rujuk sebab saya ingatkan pada masa itu kami tidak bercerai. Tetapi kami telah "tidur" bersama pada malam berikutnya.

Huraian;

KES INI SAMA DENGAN SITUASI DI ATAS JUGA. saya berpendapat syarat taklik tidak berlaku. Jadi talak tidak berlaku. Oleh itu kehidupan suami isteri boleh berjalan secara berterusan dan sewmpurna daripada segi hukum-hakam dan kewajipannya selagisyarat yang disebutkan dalam talak taklik belum berlaku. Jadi persetubuhan saudara dengan isteri sebagai hubungan suami isteri yang masih sah...


4. 15 February. Pada suatu hari saya telah secara curi2 masuk dan telah dapat memeriksa email isteri saya. Saya amat terkejut yang dia telah berhubungan melalui email (2 kali yang saya tahu) dengan seorang lelaki bukan islam dan telah memberitahu dimana kami tinggal (bukan alamat tepat tetapi hanya landmark). Saya menganggap ini sebagai curang - "betray". Saya telah cuba bertanya dari isteri saya jika dia ada betray saya dan dia sentiasa menafikannya. Disebabkan tak tahan, Pada suatu malam...lebih kurang 3 hari setelah saya tahu berkenaan email itu, saya berkata padanya - "jika kamu betray abang kita bercerai"...sedangkan saya tahu bahawa saya telah menganggap email dia kepada lelaki itu sebagai betray. Isteri saya telah meminta penjelasan apa kah yang saya maksudkan sebagai betray....saya pun menjelaskan apa yang saya maksudkan. Isteri saya berkata dia tidak faham itu yang saya maksudkan sebagai betray sebab itu dia menafikannya dan dia setuju yang itu adalah perbuatan curang. Saya pun berkata "sayang tahu tak yang kita ni dah bercerai sebab abang dah melafazkan perkataan itu tadi?". Adakah jatuh talak sebab saya melafazkan talak atas perkara yang saya telah tahu dia telah buat? Jika benar...talak ke berapa? Selepas itu kami telah rujuk kembali dengan melafazkan rujuk kepada isteri saya.

Huraian;

Saya menilai apa yang saudara beritahu di sini; pada pemahaman saya bahawa taklik sberlaku pada lafaz saudara kali ini. Jika menganggap berutus emel dengan lelaki lain itu sebagai curang; bukan kerana isteri telah berbuat curang atau tidak. Kebenaran isteri tidak diambil kira kerana lafaz suami dan niat suami diambil kira. Maka pada perkiraan saya dalam ilmu saya memang jatuh talak satu di antara saudara dengan isteri. Talak satu dan dirujuk selepasnya.



5. 25 February: Kami bergaduh lagi. Setelah panjang lebar bercakap dan setelah dia berkata dia tak mahu hidup lagi dgn saya...saya telah menceraikan isteri saya dengan berkata "abang ceraikan sayang sekarang". Selepas satu malam tidur berasingan dari saya dia menangis dan baru tahu yang dia tak dapat hidup tanpa saya. Setelah berbincang...kami telah rujuk semula. Saya tahu..ini adalah sah cerai. Tetapi saya confuse ini adalah cerai kali yang ke berapa?

Huraian;

Nyata saudara menggunakan lafaz yang soreh (terang) tetapi tidak saudara sebutkan di sini berapa talak yang saudara jatuhkan. Saya kira talak satulah. Maka saudara telah menjatuhkan talak kepada isteri buat kali yang keduanya. Maka saudara telah bercerai sebanyak dua kali.

Dan saudara telah rujuk untuk buat kesekalian kalinya. Jadi saudara tidak boleh bercerai lagi. Jika berlaku sekali lagi saudara tidak boleh merujuk lagi kepada isteri.

NASIHAT SAYA;

Saudara janganlah apabila bergaduh sahaja perkataan cerai menjadi senjata saudara. Ini kerana cerai bukanlah barang mainan. Hiduplah dengan baik dan beragama. Bertaubatlah dan bertaqwalah kepada Allah SWT. Banyak-banyaklah bersabar dan bermain-main dengan hukum Allah SWT. Saudara masih diberi kesempatan oleh Allah SWT maka bersyukurlah kerana kalian masih suami isteri. Banyak-banyaklah beristighfar dan bermuhasabah diri.

Sekian, Terima Kasih.

Sebelum Subuh;
Ustaz isma daud.


Hamba Allah Yang Ragu


Assalamualaikum Ustaz,

Saya perlukan pertolongan Ustaz untuk mengetahui status perkahwinan saya dengan isteri saya sekarang. Tiada tempat yang saya boleh bertanyakan soalan ini di sini (Luar Negara) sebab saya kurang pasti jika saya akan dapat jawapan yang tepat. Saya harap dengan jawapan Ustaz, kami tidak lagi meneruskan hidup di dalam dosa sekiranya kami telah bertalak tiga. Saya tahu email ini agak panjang...tetapi saya terpaksa hantar kepada ustaz juga selepas semua percubaan saya untuk mendapatkan penjelasan dari web muftiselangor dan baheis - jakim tidak berbalas.

Buat pengetahuan ustaz, saya dan isteri saya selalu bergaduh sejak berpindah ke Oman. Kami juga tiada anak. Isteri saya telah banyak kali meminta cerai dari saya dan pernah dia mengugut saya kalau saya tak ceraikan dia, dia akan buat dosa dengan tidur dengan orang yang dia suka. Perkataan cerai telah terkeluar dari mulut saya beberapa kali didalam masa 3 bulan yang lepas akibat tekanan yang amat kuat yang saya alami. Berikut adalah susunan peristiwa berkenaan ini...saya harap Ustaz dapat memberikan penjelasan dan keputusan yang jelas dan sekiranya maklumat yang saya berikan ini tidak lengkap, tolong beritahu saya dan saya akan berikan maklumat yang diperlukan:

1. Suatu malam (lebih kurang 1 January), kami bergaduh dan isteri hendak keluar rumah (apartment). Saya telah memberi tahu dia bahawa "jika awak keluar dari pintu tu kita bercerai". Niat saya hanyalah untuk menghalangnya keluar dan jika dia keluar juga pada malam itu kami akan bercerai. Buat pengetahuan Ustaz, apartment kami hanya ada satu pintu keluar maka dia keluar melalui pintu itu keesokkan harinya untuk pergi kerja. Adakah jatuh talak satu? Saya juga tak pernah berkata untuk rujuk..sebab pada pendapat saya pada masa itu kami tidak bercerai.

2. Suatu malam berikutnya (lebih kurang 8 January), kami bergaduh lagi sama seperti diatas. Bezanya, saya berkata "Kalau awak keluar dari pintu tu sebab kita bergaduh ini pada malam ini....kita bercerai". Dia tak jadi keluar malam itu dan kami hanya keluar rumah melalui pintu itu keesokkan paginya. Adakah jatuh talak? Jika benar..talak ke berapa? Juga selepas ini saya tak pernah berkata untuk rujuk sebab saya ingatkan pada masa itu kami tidak bercerai. Tetapi kami telah "tidur" bersama pada malam berikutnya.

3. 15 February. Pada suatu hari saya telah secara curi2 masuk dan telah dapat memeriksa email isteri saya. Saya amat terkejut yang dia telah berhubungan melalui email (2 kali yang saya tahu) dengan seorang lelaki bukan islam dan telah memberitahu dimana kami tinggal (bukan alamat tepat tetapi hanya landmark). Saya menganggap ini sebagai curang - "betray". Saya telah cuba bertanya dari isteri saya jika dia ada betray saya dan dia sentiasa menafikannya. Disebabkan tak tahan, Pada suatu malam...lebih kurang 3 hari setelah saya tahu berkenaan email itu, saya berkata padanya - "jika kamu betray abang kita bercerai"...sedangkan saya tahu bahawa saya telah menganggap email dia kepada lelaki itu sebagai betray. Isteri saya telah meminta penjelasan apa kah yang saya maksudkan sebagai betray....saya pun menjelaskan apa yang saya maksudkan. Isteri saya berkata dia tidak faham itu yang saya maksudkan sebagai betray sebab itu dia menafikannya dan dia setuju yang itu adalah perbuatan curang. Saya pun berkata "sayang tahu tak yang kita ni dah bercerai sebab abang dah melafazkan perkataan itu tadi?". Adakah jatuh talak sebab saya melafazkan talak atas perkara yang saya telah tahu dia telah buat? Jika benar...talak ke berapa? Selepas itu kami telah rujuk kembali dengan melafazkan rujuk kepada isteri saya.

4. 25 February: Kami bergaduh lagi. Setelah panjang lebar bercakap dan setelah dia berkata dia tak mahu hidup lagi dgn saya...saya telah menceraikan isteri saya dengan berkata "abang ceraikan sayang sekarang". Selepas satu malam tidur berasingan dari saya dia menangis dan baru tahu yang dia tak dapat hidup tanpa saya. Setelah berbincang...kami telah rujuk semula. Saya tahu..ini adalah sah cerai. Tetapi saya confuse ini adalah cerai kali yang ke berapa?

Saya harap Ustaz dapat memberikan pandangan jelas atas perkara ini. Kami sekarang alhamdulillah telah amat baik dan saling memahami. Saya tinggal jauh di negara orang... dan saya boleh telefon Ustaz dari sini sekiranya Ustaz lebih suka berbicara terus bersama kami berdua di sini. Buat masa sekarang kami masih tinggal sebagai suami isteri. Saya takutkan dosa...saya harap jawapan Ustaz akan membantu menerangkan permasaalahan kami.

Sekian Terima Kasih...

Nota: Sekiranya Ustaz tidak dapat melayan email saya..tolonglah balas email juga agar kami tidak tertunggu2.


--
rgds :

ismadaud

No comments:

Sepanjang Jalan Di Sibu

Related Posts with Thumbnails

@Facebook ~ "Ustaz Rosli Dhoby"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Info Ustaz Rosli Dhoby's FB Wall