Subscribe Twitter Facebook

::Yang Patut Anda Tahu::

Sila Baca Dan Faham:
Blog ini adalah bersifat personal bukan milik organisasi tertentu. Di blog ini, penulis melontarkan pandangannya sendiri secara bebas dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa. Pembaca-pembaca budiman dinasihatkan agar menggunakan pertimbangan sendiri terhadap sebarang bentuk tulisan di dalam blog ini. Penulis tidak akan bertanggung jawab ke atas apa-apa masalah atau kerosakan akibat penggunaan maklumat di dalam blog ini. Walaupun banyak artikel dalam blog ini menyentuh warga SMK Rosli Dhoby ianya tidak melambangkan pandangan pihak tersebut bahkan pandangan penulis semata-mata. Sebarang komentar amat-amat dialukan. Sesiapa yang ingin menulis terus kepada penulis blog ini, sila gunakan alamat emel penulis yang tertera di blog ini. Harap Maklum , Terima Kasih.

::Kandungan Blog Terkini:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

::Jadual Solat Fardu Bagi Kawasan Sibu, Sarawak::

Firman Allah SWT Yang Bermaksud; "Dan Dirikanlah Solat kerana Sesungguhnya Solat Itu Adalah Kewajiban Kepada Orang2 Yang Beriman Beberapa waktu" -Surah An-Nisaa';ayat 103. Dan Sabda Rasulullah SAW; "Sembahyanglah Kamu Sebelum Kamu Disembahyangkan" -alHadis.
MASJIDIL HARAM MAKKAH ALMUKARRAMAH
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."-Al-Quran;Surah Al-'Asr; 1-3.

Komentar Terkini Di Blog Ini

Widget by ReviewOfWeb

Rakan-Rakan Blog Ini

Thursday, October 20, 2011

Gantung Tugas Prof Dr Aziz Bari ; Tindakan Mundur Ke Belakang


isma daud : dalam sistem yang dipakai oleh orang politik sekular ialah "orang jangan jadi pandai sangat, nanti mereka celek dan lawan taukeh" . Tindakan gantung tugas beliau itu pada saya sebagai tindakan pengampu dan mundur kebelakang pihak pentadbiran dan pengurusan UIAM. 

Memalukan!!!

Itu reaksi saya mengulas tindakan tidak bertamaddun , tidak mencerminkan kecerdikan dan kebijaksanaan sesuai sebagai golongan yang mentadbir sebuah institusi pengajian tinggi seperti UIAM terhadap Prof Dr Aziz Bari yang merupakan pensyarah di universiti itu kerana kelantangannya menegur dan memberi pendapat khususnya isu-isu perundangan yang agak panas termasuk isu yang melibatkan sultan mutakhir ini. Beliau dituduh ""memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" .



UIA gantung tugas Aziz Bari - Mkini
Bukan sahaja diberi surat tunjuk sebab, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga menggantung tugas pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah undang-undang universiti itu.

Malaysiakini difahamkan, perkara itu turut terkandung dalam notis yang dikeluarkan padanya daripada unit undang-undang UIA.

Pensyarah paling kanan di fakulti undang-undang itu digantung bergaji sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Selain itu, difahamkan Aziz juga tidak dibenarkan memasuki pejabatnya di kampus Gombak ekoran kad aksesnya harus dipulangkan kepada pentadbiran universiti.

Difahamkan penggantungannya itu akan menjejaskan lebih 100 pelajarnya daripada daripada peringkat sarjana muda hingga ke doktor falsafah (PhD).

Aziz berkhidmat dengan UIA sejak 22 tahun lalu.

Sementara itu, dalam surat tunjuk sebab yang diserahkan tangan kepada Aziz, beliau dituduh "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti".

Aziz diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.

Usaha Malaysiakini mendapat reaksi daripada bahagian pentadbiran dan pengurusan UIA setakat ini masih belum berhasil.

Bagaimanapun, Berita Harian hari ini melaporkan sumber dari pejabat rektor UIA, Datuk Prof Zaleha Kamaruddin mengesahkan surat itu dikeluarkan pihaknya semalam.

Aziz dalam masa yang sama disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung reaksinya kepada titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan sebuah gereja di Petaling Jaya.

Dalam kenyataannya yang disiarkan Malaysiakini, beliau berkata baginda sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Selepas dikritik pelbagai pihak, Aziz kemudian menjelaskan Akta Hasutan 1948 memperuntukan tidak menjadi kesalahan mengkritik Raja-Raja Melayu selagi tidak menuntut pemansuhan institusi itu.

Sebelum ini, SKMM dan pihak polis juga telah menyoal beberapa kakitangan Malaysiakini, termasuk wartawan dan editornya berhubung isu yang sama.


0 komentar:

Post a Comment

Sebarang pandangan dan komentar sangat dialu-alukan di sini. Sesiapa saja boleh memberi komentar di blog ini. Apa pun sendiri ingatlah..."Bahasa Melambangkan Bangsa" . "Berani Buat Berani Tanggung". Ahlan Wa Sahlan BiKum!!!

Posting Paling Menarik Perhatian Pengunjung Blog Ini

Related Posts with Thumbnails

Rakan Blog (1)

 
Kepada Pengunjung BLOG ini yang dirahmati Allah SWT; saya mengucapkan SELAMAT DATANG ; Semoga anda mendapat manfaat daripada setiap paparan di blog ini. Sebarang teguran yang ikhlas dan membina, bolehlah anda emelkan ke alamat berikut : ismaani@gmail.com atau ismadaud@yahoo.com . Syukran/Terima-Kasih.