Subscribe Twitter Facebook

::Yang Patut Anda Tahu::

Sila Baca Dan Faham:
Blog ini adalah bersifat personal bukan milik organisasi tertentu. Di blog ini, penulis melontarkan pandangannya sendiri secara bebas dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa. Pembaca-pembaca budiman dinasihatkan agar menggunakan pertimbangan sendiri terhadap sebarang bentuk tulisan di dalam blog ini. Penulis tidak akan bertanggung jawab ke atas apa-apa masalah atau kerosakan akibat penggunaan maklumat di dalam blog ini. Walaupun banyak artikel dalam blog ini menyentuh warga SMK Rosli Dhoby ianya tidak melambangkan pandangan pihak tersebut bahkan pandangan penulis semata-mata. Sebarang komentar amat-amat dialukan. Sesiapa yang ingin menulis terus kepada penulis blog ini, sila gunakan alamat emel penulis yang tertera di blog ini. Harap Maklum , Terima Kasih.

::Kandungan Blog Terkini:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

::Jadual Solat Fardu Bagi Kawasan Sibu, Sarawak::

Firman Allah SWT Yang Bermaksud; "Dan Dirikanlah Solat kerana Sesungguhnya Solat Itu Adalah Kewajiban Kepada Orang2 Yang Beriman Beberapa waktu" -Surah An-Nisaa';ayat 103. Dan Sabda Rasulullah SAW; "Sembahyanglah Kamu Sebelum Kamu Disembahyangkan" -alHadis.
MASJIDIL HARAM MAKKAH ALMUKARRAMAH
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."-Al-Quran;Surah Al-'Asr; 1-3.

Komentar Terkini Di Blog Ini

Widget by ReviewOfWeb

Rakan-Rakan Blog Ini

Sunday, November 13, 2011

Guru Di Sarawak Antara Perintis Bekerja 9 Jam???

isma daud : Guru-guru di Sarawak di antara yang akan jadi bahan kajian  atau bahasa cantiknya perintis bekerja 9 jam sehari.

Kalau pergi SMK Rosli Dhoby yang dua sesi pembelajaran, bagaimana mahu dilaksanakan kaedah bekerja ini? Semakin semaklah sekolah yang kawasannya sempit. Bertambahlah tekanan dan bebanan kepada guru yang sekian lama telah terbeban dengan tugasan yang bukan hanya mengajar.

Cuba bayangkan sekarang dengan dua sesi, ada yang datang pagi dan ada yang sebelah petang sudah padat. Jika dilaksanakan 9 jam bekerja dapat dibayangkan kaedah penjadualan bekerja kepada guru kita.

Kalau ini terjadi , ia bermakna guru tidak hanya bekerja tetapi menanggung bebanan dan tekanan tambahan.

Mereka diletakkan dalam kandang sekolah untuk menjaga pelajar-pelajar sepanjang hari. Tahu sajalah tingkahlaku pelajar hari ini....ibubapa akan ambil kesempatan jadikan guru sebagai penjaga anak-anak mereka sepanjang hari tanpa perlu menghantar ke pusat lain sepanjang tempoh mereka keluar bekerja.

Itu yang dapat saya bayangkan sepintas lalu ni....

Mungkin anda ada pandangan sendiri....


Guru kerja 9 jam mulai tahun 2012?
Utusan Malaysia
12/11/2011
Oleh JAMLIAH ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my

ALOR SETAR 11 Nov. – Kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 buah sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari tahun depan, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

Presidennya, Hashim Adnan berkata, pihaknya difahamkan sistem waktu bekerja baharu itu akan dilaksanakan di empat buah negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak dengan tempoh percubaan selama enam bulan sebelum diperhalusi oleh Kementerian Pelajaran.

Katanya, pihak NUTP bagaimanapun berpendapat waktu bekerja tersebut tidak sesuai diamalkan di sekolah.

Jelas beliau, pihaknya menerima maklum balas daripada guru terlibat yang bimbang dan tertekan ekoran perubahan waktu kerja baharu itu.

“NUTP berpendapat sistem bekerja sembilan jam seperti penjawat awam lain di pejabat tidak boleh diguna pakai dalam pendidikan sekolah.

“Selain bertugas sebagai pendidik, guru juga dibebani dengan tugas perkeranian termasuk mengisi data dan sebagainya. Malah, ada masanya guru terpaksa bertugas Sabtu dan Ahad untuk aktiviti badan beruniform, sukan dan kelas tambahan,” katanya pada sidang akhbar di sini malam tadi. Hadir sama, Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng.

Menjelaskan lebih lanjut, kata Hashim, tempoh percubaan waktu berkerja sembilan jam sehari di sekolah terpilih itu akan dilaksanakan dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang selama enam bulan.

“Kesatuan dimaklumkan bahawa para guru di sekolah terlibat sudah diberikan taklimat berhubung perkara ini.

“Walaupun ia tempoh percubaan sebelum diperhalusi pelaksanaannya oleh Kementerian Pelajaran, ramai guru sudah merasa tertekan dan kita bimbang perkara ini akan menganggu tugas mereka di sekolah,” katanya.

Sehubungan itu, kata Hashim, NUTP menggesa kerajaan supaya mengkaji semula perkara tersebut.

0 komentar:

Post a Comment

Sebarang pandangan dan komentar sangat dialu-alukan di sini. Sesiapa saja boleh memberi komentar di blog ini. Apa pun sendiri ingatlah..."Bahasa Melambangkan Bangsa" . "Berani Buat Berani Tanggung". Ahlan Wa Sahlan BiKum!!!

Posting Paling Menarik Perhatian Pengunjung Blog Ini

Related Posts with Thumbnails

Rakan Blog (1)

 
Kepada Pengunjung BLOG ini yang dirahmati Allah SWT; saya mengucapkan SELAMAT DATANG ; Semoga anda mendapat manfaat daripada setiap paparan di blog ini. Sebarang teguran yang ikhlas dan membina, bolehlah anda emelkan ke alamat berikut : ismaani@gmail.com atau ismadaud@yahoo.com . Syukran/Terima-Kasih.