isma daud : Haji siap pada 6 November 2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432H? Pelik dan mengejutkan!!! Perlu pencerahan agar tidak timbul prasangka dan tohmahan kepada mereka yang terlibat. Semoga ini satu silap faham beliau dan tidak menggambarkan situasi sebenar. Para ulama dan ustaz2 yang menjadi guru pembimbing haji yang hampir kepada beliau boleh tunjukkan jalan sebenar buat pemimpin negara ini.
Najib sering buat kenyataan berkaitan agama termasuk hukum hudud tidak realistik untuk diamalkan di Malaysia . Dengan kenyataan beliau ini menggambarkan beliau tidak mahir dalam ilmu agama. Beliau perlukan nasihat yang benar dan betul.... Semoga Allah SWT memberi taufiq dan hidayah agar kita semua insaf dan kembali kepada Allah SWT.
Allah SWT Maha Berkuasa dengan sedikit kesilapan , mendedahkan diri kita sebenarnya. Betapa lemahnya kita. Oleh itu kita tidak boleh bersifat bongkak terhadap hukum-hakamnya kerana Dialah Yang Sebenar-benar Maha Mengetahui atas segala sesuatu.
Saya mendoakan agar semua para jamaah haji yang mengerjakan ibadat haji pada tahun ini memperolehi haji yang mabrur yang balasannya adalah syurga...... (PM kita dan keluarganya juga). Kalau dapat haji mabrur nampaklah perubahan pada seseorang bila dia balik daripada mengerjakan ibadah haji. Cara cakap, cara buat, cara bertindak akan menghampirkan seseorang itu kepada sifat taqwa dan taqarrub kepada Allah SWT. Jika sebaliknya tiada dapat kita harapkan apa-apa melainkan dapat haji ekspres je le....
Berikut siaran tweeter PM yang nyatakan hajinya telah selesai pada 6 Nov 2011.

Mufti terkejut PM, Rosmah selesai tunai ibadah haji - malaysiakini
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.
Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.
“Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 nov. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah.
“Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain,” kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.
Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.
Laporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai."
Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir.
Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru.
“Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja.
“Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam,” katanya lagi.
http://semutmalaysia.blogspot.com/2011/11/haji-najib -dan-hajah-rosmoh-tunai-ha ji.html

Ukhuwwah

3 komentar:
kau pun satu hal jugak utz rosli, pergi doakan sinajib dan keluarga mendapat hj mabrur tu apa ke halnye, dah tak betul bagaimana nak dptkan hj mabrur.
saya mengandaikan dia silap taip pada paparan tweeternya atas kejahilannya. saya mengharapkan petunjuk dan hidayah kepada setiap manusia supaya kembali kepada Allah SWT. silap taip tidak bermakna silap laksana. jika beliau mendapat nasihat yang baik, dia boleh memperbetulkannya. Lebih jauh lagi kita mendoakan agar pemimpin negara kembali kepada hukum Allah SWT. Selebihnya allahlah yang maha tahu akibat sesuatu perkara. di dalam alquran, Allah pun nasihatkan Nabi Musa berkata dengan perkataan yang baik kepada Firaun padahal Allah tahu Firaun itu taghut.
kepada Anonymous ;
1. jika benar najib buat silap, penasihatnya memang tidak boleh diharap. ini petanda bahawa banyak kesilapan yang najib buat tidak siapa yang berani menegurnya dikalangan mereka yang dilantik menjadi penasihatnya. jadi kesilapan sewaktu haji itu cara Allah SWT nak tunjuk kepada beliau betapa beliau banyak berbuat silap dan jika hajinya tidak sah maka banyak urusannya sebelum ini jauh daripada mendapat haji yang mabrur. apa pun hakikat ibadat seseorang hanya milik Allah SWT untuk menerima atau menolaknya mengikut niat masing2.
2. kepada mereka yang sentiasa sokong beliau perlu berfikir, betapa beliau seorang yang samada tidak suka dinasihat atau tidak mendapat nasihat yang benar sehingga lebih suka berbuat silap. ini satu kejahilan sebenarnya. bukan kesilapan dalam melaksanakan ibadat haji sahaja bahkan banyak dalam tindak-tanduknya yang lain. kita tengoklah nanti selepas bergelar tuan haji kemana dan bagaimana cara fikir dan tindakannya. sama2lah kita perhatikan.
3. menjadi iktibar kepada kita semua bahawa kita ini hanya hamba Allah SWT, jangan membesarkan diri dan salah guna kuasa dan amanah. Setiap sesuatu akan dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT baik di dunia dan di akhirat. ukuran amalan manusia bukan pandangan zahir sebaliknya taqwalah yang menjadi ukuran sebenar di sisi Allah SWT. manusia hanya berhukum dengan yang zahir, Allah SWT menghukum apa yang batin.
Post a Comment
Sebarang pandangan dan komentar sangat dialu-alukan di sini. Sesiapa saja boleh memberi komentar di blog ini. Apa pun sendiri ingatlah..."Bahasa Melambangkan Bangsa" . "Berani Buat Berani Tanggung". Ahlan Wa Sahlan BiKum!!!