Subscribe Twitter Facebook

::Yang Patut Anda Tahu::

Sila Baca Dan Faham:
Blog ini adalah bersifat personal bukan milik organisasi tertentu. Di blog ini, penulis melontarkan pandangannya sendiri secara bebas dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa. Pembaca-pembaca budiman dinasihatkan agar menggunakan pertimbangan sendiri terhadap sebarang bentuk tulisan di dalam blog ini. Penulis tidak akan bertanggung jawab ke atas apa-apa masalah atau kerosakan akibat penggunaan maklumat di dalam blog ini. Walaupun banyak artikel dalam blog ini menyentuh warga SMK Rosli Dhoby ianya tidak melambangkan pandangan pihak tersebut bahkan pandangan penulis semata-mata. Sebarang komentar amat-amat dialukan. Sesiapa yang ingin menulis terus kepada penulis blog ini, sila gunakan alamat emel penulis yang tertera di blog ini. Harap Maklum , Terima Kasih.

::Kandungan Blog Terkini:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

::Jadual Solat Fardu Bagi Kawasan Sibu, Sarawak::

Firman Allah SWT Yang Bermaksud; "Dan Dirikanlah Solat kerana Sesungguhnya Solat Itu Adalah Kewajiban Kepada Orang2 Yang Beriman Beberapa waktu" -Surah An-Nisaa';ayat 103. Dan Sabda Rasulullah SAW; "Sembahyanglah Kamu Sebelum Kamu Disembahyangkan" -alHadis.
MASJIDIL HARAM MAKKAH ALMUKARRAMAH
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."-Al-Quran;Surah Al-'Asr; 1-3.

Komentar Terkini Di Blog Ini

Widget by ReviewOfWeb

Rakan-Rakan Blog Ini

Wednesday, November 16, 2011

Perubahan Golongan Artis Lebih Positif Daripada Ahli Politik???

Oleh isma daud


Sekadar bermuhasabah diri.


Daripada pemerhatian saya, ramai para artis yang membuat perubahan positif . Dulu artis sekarang pun mereka itu artis tapi penampilan mereka yang berubah. Kelainan mereka bukan pada bakat tetapi jiwa mereka berubah; pendekatan mereka berubah dan penampilan mereka juga berubah. Ada di antara mereka yang membuat perubahan positif. Dan saya mengharapkan mereka bina perubahan ini atas keikhlasan yang tinggi dan menjadi aset kepada dunia dakwah dalam bentuk yang berbeza. Menjadikan bidang seni dan kualiti diri untuk menegakkan agama Allah SWT. Hidayah Allah SWT kepada sesiapa saja yang Dia KehendakiNya.


Beberapa artis yang pernah mengecapi zaman popular dan kegemilangan mereka sedikit masa dahulu kini lebih tenang dengan pelbagai aktiviti dakwah baik bergerak secara individu, mengikut jamaah tertentu dan ada yang bergiat dalam jamaah islamiah.

Bukan hanya artis lelaki , malah artis wanita yang dulunya tidak mengenal batas aurat dan pergaulan kini bertudung, menutup aurat dan lebih memperjuangkan dakwah islamiah. Ada di antara mereka yang benar-benar istiqamah dan ada yang "macam biskut" sekejap ada, sekejap tiada; mereka lebih meyakinkan saya berbanding dengan "mak-mak datin isteri orang politik" yang sampai tua terus dalam keadaan tidak mahu menutup aurat. Kalau berselindang pun masih tertonjol jambul di depan. Ramai artis wanita saya lihat melakukan perubahan positif di hujung kerjaya mereka.

Isteri orang politik yang menutup aurat ramai tetapi mak-mak datin dari dunia sekular memang payah mahu menutup aurat. Sejahil-jahil golongan artis, ada juga niat mereka mahu berubah suatu hari nanti. Ada juga watak mereka menjadi orang baik, ada lagu yang mereka dendangkan mengajak mereka kepada kebaikan. Sedikit sebanyak meresap dalam jiwa mereka.


Kekadang saya lihat dalam temuramah wartawan baik di TV, di dada akhbar hiburan dengan golongan artis; saya melihat pola perubahan ini, mereka berkata, "jauh di hati saya, saya mahu berubah, bukan selamanya saya begini, saya cari makan dan rezeki dengan cara begini". Mereka lebih positif.


Cuma orang politik yang suka bermain politik saja yang saya tidak berapa percaya akan perubahan mereka. Kebanyakan mereka ni "Orang Politik Jadian". Banyak sangat angan-angan kosong mereka....

Orang politik kena melalui proses tarbiyyah. Sesiapapun kena melalui proses tarbiyyah baru boleh dipercayai dan mampu istiqamah dalam perjuangan. Kalau setakat semangat saja takkan ke mana, akhirnya mata benda dan habuan dunia jua yang dicari dan disumbat masuk ke halqum sehingga penuh isi perutnya walaupun asalnya perjuangan mereka atas nama perjuangan Islam. Mereka yang memakai jenama politik Islam tetapi melompat sana, melompat sini lebih buruk lagi akibat dan kesudahannya. Mereka tidak ada nilai dan akhlak langsung. Tiada istilah malu dalam kamus hidup mereka. Yang ada ialah survival politik semata-mata. Sementara itu mereka yang berjuang dalam parti sekular, mereka berganda busuk dan buruk tidak payah digambarkan lagi kerana mereka seawal-awalnya berdiri atas prinsip rapuh dan tidak beraqidah.


Setiap orang perlu ada landasan pendirian yang benar. Baik orang politik, baik artis atau siapa sahaja perlu 5 landasan ini;


1. aqidah yang sodiq (benar)

2. amal yang soleh

3. akhlak mahmudah(terpuji)

4. jihad fi sabilillah

5. dakwah ke jalan Allah SWT.


Jika pincanglah salah satu daripada lima prinsip ini, jelas mereka bukan berada pada jalan Allah SWT sebaliknya mereka berada di jalan syaitan.


Firman Allah SWT;

"Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di waktu pagi dan di waktu petang dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas." ~ Surah Al-Kahfi; Ayat 28.

Fikir-fikirkanlah!!! Wallahu 'Alamu Bis Sowaab.


0 komentar:

Post a Comment

Sebarang pandangan dan komentar sangat dialu-alukan di sini. Sesiapa saja boleh memberi komentar di blog ini. Apa pun sendiri ingatlah..."Bahasa Melambangkan Bangsa" . "Berani Buat Berani Tanggung". Ahlan Wa Sahlan BiKum!!!

Posting Paling Menarik Perhatian Pengunjung Blog Ini

Related Posts with Thumbnails

Rakan Blog (1)

 
Kepada Pengunjung BLOG ini yang dirahmati Allah SWT; saya mengucapkan SELAMAT DATANG ; Semoga anda mendapat manfaat daripada setiap paparan di blog ini. Sebarang teguran yang ikhlas dan membina, bolehlah anda emelkan ke alamat berikut : ismaani@gmail.com atau ismadaud@yahoo.com . Syukran/Terima-Kasih.